Thursday, 15 November 2012

Al-Fatihah .


Salam takziah dari kami sekeluarga kpd keluarga Hafiz . Al-Fatihah untuk abah.
Semoga arwah abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-2 yang beriman .
Amin .

Una terkejut sangat semalam Hafiz call around 12 a.m cakap abah dah takde .
Una terkejut , Hafiz . Kita selalu berharapkan , abah pasti akan sembuh walaupun dalam ICU tu.
Abah mesti boleh sembuh kan :")
Apakan daya . Takdir Allah menguasai segalanya di atas muka bumi ini .
Ikutkan harini , 2 minggu abah masuk ICU kan . Tapi Allah lebih menyayangi abah pada awal Muharram ini .
Una ingat lagi ,
first day Hafiz call una around 2 a.m masa tuh una kat hostel , una tak tido lagi , una tengah menelaah Gen-Q . Hafiz nangis2 bagitahu abah masuk icu . Esok tuh hari Jumaat , Hafiz balik dr Melaka - Taiping naik bus kan , pukul 9 pm mcmtu sampai sana pukul 2 a.m macamtu .
Keesokan harinya , Hafiz cakap Hafiz nak pergi lawat abah kat hospital . Tiap tengahari, tiap petang Hafiz tak pernah ketinggalan tengok abah kan .
Bila malam jea , Hafiz mesti call Una . Hafiz cerita perkembangan abah macamana kat una sambil nangis2  kan . 
Hafiz , saat tu senang jea airmata una mengalir mengenangkan nasib abah walaupun una tak pernah jumpa abah. Tapi dari cerita Hafiz abah memang sakit teruk . Last2 dua2 nangis . 
Maafkan una . Una cuba kuatkan diri tapi kesiannya dengar cerita abah . Una mudah menangis .
Una ingat lagi , 
Hafiz cakap masa tu abah dah sedar , Hafiz nak pergi kat abah tapi abah lambai2 tangan jangan pergi kat abah . Hafiz cakap lagi , abah menangis . Tak pernah sebelum ini even keluar-masuk hospital abah tak pernah menangis , tapi kali ini abah masuk hospital , kali ini abah menangis . Hafiz tanya una , kenapa abah macamtu ?
Una nak sedapkan hati Hafiz . Una cakap , abah taknak Hafiz sedih tengok abah mcmtu .
Pastu Hafiz cakap Hafiz risau , Hafiz takut jadi ape2 kat abah .

Hari seterusnya mcm biasa tengahari dgn petang , hafiz akan melawat abah .
Kali ini Hafiz ada cakap abah rimas dengan wayar2 kat badan abah .
Mulut abah kena sumbat paip . Abah mcm nak cakap sesuatu tapi tak bole .
Malam mcm biasa Hafiz call una cerita yang ini sambil menangis lagi .
Una turut menangis kenangkan nasib abah . 
Maaf , una sangat sensitif + mudah menangis benda2 macamni .

Hari seterusnya lagi , una ingat lagi ...
Hafiz cakap abah dah rimas-2 dengan wayar tuh . Abah mcm tak keruan dah , mungkin dia rimas kan . Hafiz cakap abah menyanyi la , mengaji la. Merepek2 . Una tahu abah rimas dengan wayar itu semua . 

Hari berikutnya , Hafiz kena balik Melaka kan . Lepastu selang beberapa hari, Hafiz balik Taiping balik . study week kan cuti seminggu . Hafiz balik hari Jumaat sampai hari Selasa minggu ini kan .
Sebab hari Rabu , Hafiz ada test . Hari Selasa around 11 a.m Hafiz naik bus gerak Seremban , pergi rumah abang dlu before balik Melaka . 

Keesokan harinya , hari Rabu , Hafiz ada test kan :") Una wish luck dan ucpkan Salam Maal Hijrah kat Hafiz . 
Tengok2 malam tu kul 12 a.m mcmtu Hafiz call una abah dah takde . Padahal baru je semalam Hafiz  balik Melaka .

Inilah dinamakan takdir Allah . Tiada siapa yang boleh lawan .
Biarlah abah 'berehat' kat sana . Dah lama sangat abah tanggung kesakitan kan .
Hafiz pun ada cakap sendiri masa lawat abah , Hafiz tak sanggup tengok abah . Abah terseksa kan.
Sempena Awal Muharram ini Allah telah mengambil nyawa abah , pemergian abah buat selamanya.
Una ingat lagi sepanjang abah sakit ,tiap kali Hafiz cerita tentang abah , mesti Hafiz minta una doakan untuk abah bila baca Yassin .
Una sentiasa doakan .

Una tahu Hafiz seorang yang kuat . Hafiz kuat . I believe youu , be strong ..
Hafiz nangis bukan sebab Hafiz lemah kan ? Hafiz kuat .
Kami semua ada untuk Hafiz .
Selalu lah berdoa pada Allah , dan semoga doa Hafiz sampai kpd abah disana . 
InsyaAllah :")


AL-FATIHAH UNTUK ABAH .
AL-FATIHAH ...