Tuesday, 8 May 2012

Ciri-ciri lelaki yang aku inginkan .



Ya Allah , ya Tuhanku . Temukanlah aku seorang lelaki ciri-ciri lelaki yang selayaknya seorang wanita pilih sebagai pelindungnya dan pemimpin hidupnyalelaki yang layak dicintai!:')

  1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
  2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
  3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
  4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
  7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
  8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
  9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
  10. Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
  11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
  12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
  13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.
“…Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”

waallahualam :')

Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”
(HR. Tirmidzi)