Terima kasih, Allah .

Terima kasih ya Allah .Terima kasih kerana nikmat-Mu .
Akan aku kuatkan diri ini , walaupun hati ni mudah rapuh .Akan aku ajarkan HATI ini supaya jadi kuat .
Atas nama UJIAN-MU , kau cuitkan aku sedikt dengan kesedihan kerana mahu menguji diri aku .
Terkumat-kamit mulut ni berzikiruallah . ya Allah .Aku mencari kekuatan dengan sentiasa berzikir , menyebut nama-Mu ya Allah .SubhanaAllah, Alhamdulillah , Allahuakbar .
SubhanaAllah , airmata yang mengalir laju serta-merta berhenti.Alhamdulillah , tenangnya diri ini setenang tenangnya .Allahuakbar . Kau Maha Besar . Segalanya berlaku sudah ditakdir buat diri aku .Terima kasih ya Allah .Segala puji bagi-Mu , Tuhan sekalian alam .
ya Allah ,kirimkanlah kepada aku kekuatan dan ketetapan hati kerana hidupku bagaikan sunyi dalam gembira terasa perit tanggung derita . Berikanlah aku kekuatan sebagaimana Engkau memberikan kekuatan hati kepada Siti Mariam A.s saat menerima ujian dari-Mu dengan penuh redha .Sesungguhnya jiwaku hanya cinta padaMu , maafkan aku andai tidak sempurna menyintai-Mu . Ya Allah , meski aku rapuh dalam menyintai-Mu .