Monday, 26 March 2012

Muslimah .

Aku perempuan . Bukan muslimah . 
Pernah aku terfikir untuk menjadi MUSLIMAH .
SubhanaAllah . Layakkah aku menjadi seorang MUSLIMAH ?
Sesungguhnya Allah itu MAHA MENGETAHUI . 
Aku insan yang mempunyai hati . Aku sama saje dengan insan-insan yang lain .
Yang mempunyai keinginan untuk menjadi yang lebih baik .  Nawaitu aku menjadi seorang muslimah da lame aku simpan . Cuma masa nya belum tiba . Tetapi sebelum niat aku menjadi seorang muslimah ,
aku belajar ilmu agama sedikit demi sedikit .
Aku haus . Aku haus dengan ilmu agama pada satu masa dahulu :'(
Aku dahagakan ilmu agama . Aku berusaha sendiri dengan mambaca buku-buku agama .
Kerana aku takut .. Aku takut seandainya aku menjadi seorang muslimah ,
tersangat la rugi buat diri aku kerana mempunyai sikap yang buruk , hati yang penuh dengan kekotoran , hina dan dina . Astagfiruallah'alazim .


Sungguh , sungguh aku terpesona dengan sesuatu yang disampaikan ini...

Aku lihat muslimah itu.
Dari kejauhan pandanganku.
Aku lihat muslimah itu.
Pandangannya tunduk memaku.
Aku lihat muslimah itu.
Bibirnya sentiasa bergerak laju memuji Tuhan Yang Satu.
Aku lihat muslimah itu.
Sentiasa tunduk membaca kalimah-kalimah Tuhanku.
Aku lihat muslimah itu,
Mengeluarkan suara hanya apabila perlu.
Aku lihat muslimah itu,
Dan benar aku cemburu.

Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang aku lihat itu,
Adalah diriku.
Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang tunduk pada yang satu itu,
Adalah diriku.
Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang bergetar rasa takut kepada Tuhan itu,
Adalah diriku.
Aku mahu menjadi muslimah itu.
Sangat mahu.
Tuhan,
Bantu aku.
Bantu hamba-Mu.
Untuk sentiasa mengejar cinta teragung-Mu.
Untuk sentiasa menjaga setiap saat kehidupanku.
Untuk syurga-Mu.
Aku jatuh cinta dengan kata-kata yang disampaikan itu . SubhanAllah .
Aku akan terus mencari keredhaan-Nya . Semoga pintu hati aku terbuka untuk menjadi seorang
MUSLIMAH pada satu hari nanti :')